In the Name of Allah, I trust in Him and have no force and effort except with the permission of Allah.".

Thursday, March 1, 2012

Sultan Abdullah Mosque, Pekan Bandar DiRaja





This beautiful whitewashed mosque was officially opened in 1932 and functioned as Pekan’s main mosque until 1976 when a bigger mosque, Masjid Sultan Ahmad Shah was built nearby to accommodate the growing number of Muslims in the area. Even though it has been rarely used since then, the mosque building still stands proud as a town landmark by the riverside.

Construction actually began in 1929 and took about a year to complete. The mosque was officially opened by Pahang’s Crown Prince at the time, Yang Teramat Mulia Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah on behalf of his father the Sultan of Pahang, on 8th January 1932. The Sultan Abdullah mosque reflects a mixed Mughal-Moorish style with Moorish outline forms and simple hemispheric domes but embellished with Mughal style chatris or small circular structures on the roof and atop the minaret.

Wednesday, February 29, 2012

Mustaffa Kamal Abdul Karim @ Mamu tiba ke destinasi larian di Pekan

PEKAN 28 Feb - Faktor usia bukan penghalang bagi Mustaffa Kamal Abdul Karim, 53 atau lebih dikenali dengan panggilan "Mamu" untuk merealisasikan hasratnya berlari secara solo sejauh 2500 kilometer mengelilingi Semenanjung.

Sebaliknya, berteraskan azam serta semangat yang tinggi, pesara tentera itu bertekad untuk melengkapkan larian tersebut dengan merentas 12 negeri dalam tempoh dua bulan bermula 31 Disember lalu yang dijangka berakhir pertengahan Mac ini

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, tujuan utama larian itu diadakan adalah bagi membolehkan beliau memupuk semangat cintakan bangsa, agama dan negara khususnya di kalangan generasi muda. "Sesuai dengan moto larian Seruan Bangsa Merdeka, saya berharap ia akan memberikan impak kepada masyarakat agar tidak lupa terhadap pengorbanan serta jasa pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan, perpaduan dan kesejahteraan negara."Paling utama saya mahu menyemai serta mengingatkan generasi muda supaya tidak menggadaikan masa depan negara gara-gara terpengaruh dengan unsur negatif serta gejala sosial," katanya ketika ditemui selepas tiba di Pekan Bandar DiRaja hari ini.

Menceritakan pengalaman berlari bermula dari Pulau Pinang, Mustaffa Kamal memberitahu, dia berlari sejauh 40 hingga 50 kilometer setiap hari. "Tanpa mengira cuaca panas atau hujan, saya tetap akan berlari sehingga sampai ke destinasi yang ditetapkan. "Larian ini hanya dirancang pada November tahun lalu dan saya memilih 31 Disember untuk memulakan larian itu kerana ia jatuh pada 1 hijrah dalam kalendar Islam," ujarnya yang turut diiringi oleh dua pengiring sepanjang lariannya itu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Pantai Kampung Gajah, Pulau Pinang berkata, larian berkenaan tidak bertujuan untuk mencari keuntungan dan tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak.

"Saya berlari demi kepuasan dan moto perjuangan yang saya bawa," katanya yang turut menjelaskan kekuatan minda serta berkat izin daripada Allah SWT diharapkan dapat membantunya melengkapkan larian berkenaan. Insya-Allah.

.



















Thursday, February 23, 2012

Kakitangan UMNO Bahagian Pekan Cemas


Pekan 23 Feb. Satu letupan kecil berlaku dari bilik pencawang dan menyebabkan asap hitam memenuhi ruang di tingkat 4, Bangunan UMNO Bahagian Pekan. Semua kakitangan dan pelawat diarahkan meninggalkan bangunan dengan segera. Kejadian berlaku sekitar jam 10.00 pagi dan tiada kemalangan jiwa.

Menurut penyelia bangunan Mohd Nor Azlan, letupan dipercayai berpunca dari litar pintas dan berjaya dipulihkan sejam kemudian.“Punca kejadian sebenar akan dirujuk kepada Kontraktor yang terbabit untuk tindakan selanjutnya agar perkara ini tidak berulang lagi.


Wanita Lembam Dapat Rumah


Pasir Panjang, Pekan. Keadaan Norizan Mat Zain, 50, yang lembam sejak lahir mendapat perhatian daripada penyumbang yang sudi menyampaikan bantuan rumah bagi memastikan dia mempunyai tempat berteduh.
Rumah bernilai RM35,000 hasil sumbangan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pekan, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di serahkan kepada wanita itu, disini.

Bantuan ini diharap dapat memberi keselesaan hidup kepada Norizan yang dijaga adik iparnya, Junaidah Abd Kadir bersama suami dan dua anak selepas kematian ibunya dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail berkata, program di bawah Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pekan itu diharap dapat meringankan beban masyarakat setempat.

"Bantuan bahan binaan tambahan akan disalurkan melalui Yayasan Rahah dan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung'', katanya ketika menyampai kunci rumah kepada Norizan, disini.

Hadir sama, wakil peribadi kepada YAB. Ahli Parlimen Pekan. Dato' Haji Zainal Abidin Pa'Wan, Ketua Kampung Pasir Panjang, Mohamad Nasuha Abu Samah serta Ahli Jawatankuaa Kampung.

Wednesday, February 22, 2012

Harussani Wants Malays To Regain The Sovereignty Of Race And Nation


SHAH ALAM, Feb 21 (Bernama) - The Mufti of Perak, Tan Sri Harussani Zakaria has urged the Malays to regain the sovereignty of the race and nation to stop the insult of others.

While regretting the act of some Malays who made a mockery of Islam, he said Muslims should unite to defend their faith.
...
"Every Muslim must strive to defend the religion of Allah and defend their faith without compromise," he said at the launch of Jati by its president Datuk Dr Hasan Ali at Shah Alam Convention Centre here Tuesday.

Harussani fought back tears as he spoke in front of about 1,000 people at the launch of Jati which carries the slogan 'Gerakan Martabatkan Umat'.

-- BERNAMA