In the Name of Allah, I trust in Him and have no force and effort except with the permission of Allah.".

Thursday, March 22, 2012

Dato' Hajjah Shamsiah, Adun Wanita Pertama Pahang Meninggal Dunia



PEKAN - 22 Mac. Tokoh politik yang juga bekas wakil rakyat wanita pertama Pahang, mantan Ketua UMNO Cawangan Pekan Lama, cawangan tertua di dalam Negeri Pahang yang mana YAB. Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia menjadi ahli cawangan ini sejak menceburi bidang politik sehingga kehari ini. Dato’ Hajjah Shamsiah Dato’ Haji Abdul Hamid, 86, meninggal dunia akibat diserang angin ahmar awal pagi semalam.

Anak kelima Allahyarhamah, Tengku Dato’ Mustafa Kamal Tengku Husin berkata, bondanya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada jam 4.50 pagi, semalam.

Allahyarhamah dimasukkan ke HTAA sejak dua minggu lalu selepas diserang penyakit angin ahmar ringan dan keadaannya bertambah teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan ahli keluarga lain. Sebelum itu allahyarhamah sempat meraikan ulang tahun ke-86 bersama ahli-ahli keluarga pada 14 Mac 2012 yang lalu.

Jenazah Allahyarhamah yang juga bonda kepada Orang Kaya Indera Segara Pahang, Tengku Dato’ Haji Asmawi Tengku Husin dibawa pulang ke kediamannya, STH 64, Jalan Halimi di sini, bagi urusan pengebumian di Makam DiRaja Pekan Lama.

Mufti Pahang, Dato' Haji Abdul Rahman Osman mengimamkan solat jenazah yang diadakan pada jam 1.30 petang sebelum dibawa ke Makam Diraja Pekan untuk dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang.

Berangkat bagi memberi penghormatan terakhir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Besar Pahang dan isteri, Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Pengelola Bijaya DiRaja, Tengku Iskandar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob serta barisan kepimpinan peringkat negeri dan setempat.

al-fatihah.

p/s :
untuk melihat album gambar penuh
sila add FB saya : Mustafar Benyahya. Terima kasih.

No comments: