In the Name of Allah, I trust in Him and have no force and effort except with the permission of Allah.".

Sunday, November 27, 2011

Program Juara Rakyat - Kg. Tanjung Selangor, Pekan














PEKAN, 13 Nobember – Program Juara Rakyat peringkat Kampung Kg. Tanjung Selangor, anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Pekan, di sini berlangsung meriah dengan kehadiran seramai 2000 orang penduduk yang turut menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ahmad b Hj. Maslan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, dan turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan/ADUN Bebar - Dato’ Haji Ishak b Muhamad, ADUN Peramu Jaya - Ibrahim Awang Ismail, dan ADUN Pulau Manis - Khairuddin Mahmud serta pemimpin-pemimpin setempat..

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan memancing, gotong-royong membersihkan surau, pemeriksaan kesihatan, menderma darah yang dikendalikan petugas-petugas dari Pusat Kesihatan Daerah Pekan. Malah, penduduk turut berpeluang mendapatkan penerangan serta maklumat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah yang disediakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Pekan.

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Haji Abdul Manaf Sulong, menyatakan bahawa “Program itu merupakan salah satu tanggungjawab UMNO bahagian itu dalam memberikan khidmat kepada rakyat, melalui program berkenaan, pihaknya dapat mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi rakyat selain memudahkan UMNO untuk menyalurkan bantuan. Selain bantuan keperluan asas, pihaknya juga menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan bantuan khusus kepada rakyat yang memerlukan terutama warga emas tanpa mengira ideologi politik.

“Selaku ahli UMNO, perjuangan kita dalam menjaga kebajikan rakyat amat penting kerana kita mahu hidup rakyat sentiasa berada di tempat yang terbaik. Dalam masa yang sama, program seperti ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.,” katanya.

Jelasnya, melalui pelaksanaan menyeluruh program berkenaan, ia diharapkan dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO untuk mentadbir serta menjaga kebajikan mereka selepas ini selain memupuk semangat perpaduan di kalangan mereka.